Friday, April 29, 2011

Sedih..sEdih !

Aku ingatkan tahun ni mendatangkan banyak kebaikan pada aku, rupanya tak. Tapi tak semuanya buruk. Cuma yang buruk lagi banyak dari yang baik. Kadang2 sesuatu benda tu boleh buat aku tak mampu untuk berfikir dengan waras. Aku sesak dengan dunia aku sendiri.

Adakalanya aku rasa dunia aku kosong. Tanpa sesiapa di sekeliling aku. Seolah2 aku tidak wujud di dunia ini. Aku hanya wujud dalam dunia aku sendiri. Mencari sahabat yang benar2 memahami erti sahabat dan mencari kekasih yang mampu mengajar aku erti cinta yang sebenar.

Ada yang mengatakan aku ni pelik dan sukar untuk difahami. Hanya wujud seorang insan yang mengatakan bahawa aku ni tidaklah kompleks sehingga sukar untuk difahami. Kelemahan aku hanyalah kurang bergaul gan orang diluar dan lebih suka menyendiri. Aku tidak berani nak bergaul gan orang disekeliling dan sukar meluahkan apa yang aku rasa. Dan akhirnya akan memakan diri aku sendiri. Di situlah wujudnya ke'pelik'kan aku. Terima kasih kepada insan tersebut kerana memahami aku.

Salahkah aku memendam apa yang aku rasa???Aku mempunyai alasan yang tersendiri.
Setiap yang aku lakukan mesti mempunyai sebab. Aku tidak akan membuat sesuatu itu tanpa berfikir baik dan buruknya.

Kenapa aku memendam rasa??
Aku pendam kerana aku takut apa yang aku luahkan tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan. Bila bercanggah maka pergaduhan dan pertelingkahan akan berlaku. Aku tak mahu semua itu berlaku kerana aku lebih mengenali diri aku sendiri. Seboleh-bolehnya aku akan cuba mengelak dari berlakunya semua ini. Sebab itu kadang2 aku dilihat seolah2 heartless.
Mungkin bersendiri atau berdiam diri adalah jalan yang terbaik untuk aku.... T_T