Thursday, April 21, 2011

sAya , pEn daN pEnsiL........... !





k0leksi pen SiZm iZ
dan adE lg bnykk..:D
Gambar di sebelah adalah sebahagian daripada ratusan pen yang saya perolehi dari pelbagai bengkel, seminar, kursus dan majlis-majlis yang saya hadiri.dan jua pen pensil yang saya beli dr Eaton,Harris,Btc Quong Ming dan sebagainya.Pelbagai bentuk dan pelbagai warna, hitam, putih, merah, kuning dan biru. Kadang-kadang ia terbiar dan tersimpan tanpa pernah digunakan.

Semasa bersekolah rendah dahulu, keinginan menulis menggunakan pen cukup tinggi. Maklum sahaja di sekolah rendah dari Darjah Satu hingga Darjah Enam hanya boleh menggunakan pensil. Penggunaan pen tidak dibenarkan sama sekali. Mata pensil pula sering patah dan tumpul. Pensil diasah menggunakan pengasah kecil bulat yang ada cermin di belakangnya. Kalau tidak pun menggunakan pisau lipat kecil dan menghiris batang pensil itu sehingga seinci panjang, karbon pensil dibiarkan panjang terjojol sebelum dihiris tajam. kadang-kadang kedua-dua hujung pensil diasah supaya mudah menukarnya jika mata pensil kembali tumpul. Hari ini pelajar2 lebih selesa dengan pensil yang lebih maju ciptaannya. Mereka tak perlu lagi mengasah, hanya beli sahaja karbonnya dengan ukuran yang pelbagai. .

Kini saya bukan sahaja sudah mampu memiliki pen yang cantik dan berharga, tetapi juga memiliki ratusan pen ‘percuma’ yang suatu waktu dahulu cukup saya dambakan. Cuma saya terfikir adakah saya berpeluang untuk menggunakan semua pen itu.? Walaupun masih rajin menulis, tetapi realitinya saya hanya lebih banyak ‘menaip’. Ha ha ha



P/S : ayat memang ayat bahasa melayu karangan....skema sgt kan !



(✿◠‿◠) Sapprhire SiZm iZ (✿◠‿◠) 
Sharing Is Caring. Suke ? LIKE la ^__^