Friday, April 22, 2011

Bukan mudah untuk memberi kemaafan



Bagaimana nak memaafkan jika hati masih lagi sakit? Bagaimana nak membiarkan jika kita masih rasa pedih pada lukanya? Hurm, semuanya terletak pada hati untuk menilai sejauh mana kesakitan dan berbaloikah jika di maafkan tanpa sebarang tebusan.

Bercakap mengenai sakit hati dan kemaafan, dua elemen yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Dari rasa sakitnya hati timbul rasa benci dan dari rasa benci itu boleh dipertimbangkan sama ada benci yang dapat diatasi dan benci yang tak dapat di bendung lagi. Jika dapat diatasi dengan akal yang sihat dan hati yang semakin pulih maka dapat lah kita memaafkan seseorang itu. Dan jika rasa sakit itu mengatasi segalanya , tidak mungkin kita dapat memaafkan seseorang itu.


Kesalahan yang dilakukan mengundang rasa sakit hati merupakan faktor utama adakah kemaafan itu diterima atau sebaliknya. Jika besar kesalahan maka sukar lah untuk kita memaafkan. Kita hanya manusia biasa yang memang dilahirkan dengan sensitivity yang sangat tajam. Jadi, seorang manusia perlu memahami tabiat atau perbuatan manusia yang lain supaya tidak timbul kebencian dan kemarahan yang boleh mengundang rasa tidak puas hati.

Berilah masa jika seseorang itu tidak dapat memaafkan anda. Beri dia masa untuk berfikir, dan jika menjauhi anda itu satu perkara yang terbaik untuk dia memaafkan anda. Biarkan. kerana bukan mudah untuk memaafkan seseorang yang telah melukakan hatinya.

Mana satu yang anda mahu, masih menghubungi tetapi rasa benci meluap-luap. Atau pergi saja dari hidupnya dan kemaafan itu anda perolehi?

p/s:  Entri kali ni, mungkin ada kaitan dengan diri sendiri..dan insan yang baik sentiasa memaafkan insan len...:D



(✿◠‿◠) Sapprhire SiZm iZ (✿◠‿◠)
Sharing Is Caring. Suke ? LIKE la ^__^