Wednesday, April 27, 2011

LASKAR PELANGI~ TERBAIKK !



Selama ni saya hanya dengar yang filem ni Box Office, tapi saya ingat kan mungkin filem-filem yang storyline nya biasa sahaja dan saya juga selalu terpandang novel Laskar Pelangi ini dan tidak pernah terbuka hati untuk membacanya , al-maklumlah saya ini peminat komik dan bukannya peminat novela.

Dan hari ini saya berpeluang untuk menonton Laskar Pelangi di Astro Mustika saluran 131 dan saya rasa ini lah cerita yang paling berkualiti dan best yang pernah saya tonton seumur hidup saya! Saya tak boleh berhenti tersenyum dan ketawa (bukan saya gila ok) tapi ceritanya membuatkan saya begitu bangga dan sangat terharu dengan sikap yang di tunjukkan kanak-kanak itu dalam menuntut ilmu!
Mungkin saya terlambat untuk menonton, tapi belum terlambat untuk adaptasi mesej dalam cerita ini dalam kehidupan saya.



Filem ini berkisarkan kehidupan kanak-kanak miskin dari persekolahannya dan kehidupan hariannya. SD Muhammadiah sebuah sekolah yang dibina untuk mengajar anak-anak miskin dimana ibu bapa mereka tidak berkemampuan dan mereka semua begitu gigih dalam menuntut ilmu. Saya cukup tersentuh dalam babak Lintang yang berasal dari keluarga daif dan bapanya seorang nelayan, bayangkan perjalanan nya kesekolah selalu di halang seekor buaya! dan akhirnya berhenti sekolah awal untuk menjaga adik-adik nya kerana ayahnya meninggal dunia. Babak itu buatkan saya menangis tanpa henti.



Banyak sungguh mesej yang disampaikan dalam filem ini:
1) Kemiskinan bukan punca utama menghalang kejayaan
2) Tiada jalan pintas untuk berjaya (Babak: mereka berjumpa pawang untuk berjaya, tapi pawang itu kata "nak berjaya kene usaha"-something like that la jampi serapah dia)
3) Dimana ada kemahuan disitu ada jalan
4) Saya suka kata-kata guru besar sekolah itu - Memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya
5) Tidak mustahil untuk kita berjaya walaupun banyak halangan menimpa!
Apa-apapun saya suka semuanya dalam cerita ini termasuk lagu Laskar Pelangi yang sudah lama saya sukai!

p/s: cerita ini sesuai sangatlah ditontonkan di sekolah-sekolah, baru ada kesedaran sivik sikit untuk belajar dengan lebih rajin. 2 thumbs up untuk filem ini..