Wednesday, April 20, 2011

Saya sedar saya bukanlah superman :(





Kadang-kadang saya terfikir, oppss, berangan. untuk menjadi seseorang yang super duper hebat macam superman. Dia punya kelebihan yang tidak ada pada manusia yang tahap biasa-biasa ni. Mungkin, imaginasi saya sama seperti si rempit di luar sana. berangan ingin jadi superman sampai menjadi stuntman di atas jalan raya. Ouh-ouh, saya tak terfikir untuk menjadi minah rempit pula.
Tapi serious memang saya ingin menjadi super extra ordinary. Best kan? hurm. Bila bayang diri boleh terbang, bila bayang diri dapat baca fikiran orang, dapat predict masa-masa hadapan dan saya gemar ini semua. Saya teringin menjadi superman, spiderman, doraemon, dan lain-lain. Punya kuasa yang mampu buat saya dapat apa yang saya mahu sekelip mata sahaja. So, tak perlulah saya bersusah payah bertungkus lumus belajar bagai orang gila meroyan di penjara. kan?kan?
Saya sedar saya bukanlah superman(aku, bukanlah superman..aku juga bisa nangis) eh merapu pulak. haha. saya hanya manusia biasa yang diselamatkan superman dan spiderman. Saya juga nobita yang sentiasa dibantu doraemon dalam masalah seharian. dan realitinya, saya hanya manusia biasa yang di bantu oleh di ATAS sana. dan saya bersyukur setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. dan di keliling saya ada tangan-tangan yang membantu :), saya gembira dan happy kerana menjadi saya.

Saya juga belajar untuk tidak menjadi macam nobita, kerana:

"I have all that I want, but not all that I needed"


p/s: post merapu merepek meraban. tapi saya sukaa