Wednesday, April 27, 2011

Aku DaN pEnGalaMan



hurm,
seperti selalunya saya akan menulis tentang apa yang saya lalui dan apa yang saya perhatikan,
berdasarkan apa yang saya alami dan lihat di persekitaran saya,
pengalaman-pengalaman itu mengajar saya untuk menjadi lebih matang,

saya mulai sedar,
bahawa hidup ini bukan semudah dan seindah yang disangka,
seperti yang saya bayangkan pada waktu kecil dahulu,
rupanya semakin kita meningkat dewasa,
segala-galanya berubah dengan menjadi lebih serius.

manusia dianugerahkan akal untuk berfikir dan membuat keputusan,
manakala perasaan dianugerahkan untuk menyayangi dan disayangi,
ingin saya utarakan disini,
kita sebagai manusia tidak akan pernah lari daripada melakukan sebarang kesilapan,
samada kesilapan yang kita sedari atau pun tidak.

jadi tidak salah kalau kita saling maaf memaafkan antara satu sama lain,
kerana "nobody is perfect",
betulkan..

saya ingin mengambil kesempatan disini untuk memohon maaf,
kepada mereka diluar sana mahupun pembaca,
yang pernah merasa tersinggung dengan kelakuan ini,

saya amat berharap dapat membaiki kelemahan dan kesilapan saya,
kearah menjadi insan yang lebih gemilang dimasa akan datang

p/s: maafkan saya kawan2, jika pernah membuat kamu terasa hati :)