Tuesday, April 19, 2011

CiNta sEjati







~ l0vE ~


Orang kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan

menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab,

 namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke

 generasi. Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to

 know someone, a minute to like someone, an hour to love someone

 but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada

 kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses

manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.






Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain

 kemudiannya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama

 sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta

yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati..





Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin

 pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari

 bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur

 kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku

 dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.





 *ada ke 0_0










Sharing Is Caring. Suke ? LIKE la ^__^