tak payahlah susah2 nak bercinta ala titanic
i jump, u jump..i die, u safe!..sengal!
naaa,..mesti korang suka kan dengan tajuk niey
yahh, aku pun suka
hari niey aku nak share satu berita baik punya
berita yang sememangnya lebih baik dari berita harga gula naik
PETANDA MR/MRS RIGHT anda.
ehehe
iyeww,..mana laa taw kan petanda-petanda niey sebenarnya suda ada depan mata
tapi anda tak sedar-sedar lagi
jadi lepas niey bolehlah anda sedarkan diri yah
buatlah apa yang patut, guna cpr ka cpu ka
okey,..tak maw cakap banyak
jom kita cek cek cek it out..
tapi anda tak sedar-sedar lagi
jadi lepas niey bolehlah anda sedarkan diri yah
buatlah apa yang patut, guna cpr ka cpu ka
okey,..tak maw cakap banyak
jom kita cek cek cek it out..
PETANDA 1 : KERJASAMA
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Anda dan si dia haruslah saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kalian berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah anda sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Anda dan si dia haruslah saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kalian berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah anda sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!
PETANDA 2 : NATURAL
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, kemungkinan besar dia bukan jodoh anda!..
hoho,..maaf okehh, itu manusia plastik made in china..mari kita cari yg manusia betul.
PETANDA 3 : INSTINCT
Adanya deria batiniah membuat hati anda berdua dapat selalu saling tahu.
Dan bila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan anda...
PETANDA 4 : TENANG BERSAMA
Bersamanya dapat membuat perasaan anda menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat anda merasa bosan. Inilah petanda bahawa anda berdua kelak akan saling terikat. Jika tiap kali berjumpa, bergaduh, becakaran..nampak sangat lah ada
yang tak betul. Sebaiknya buatlah sesuatu selagi masih sayangkan perhubungan anda
ataupun anda blah sajalah. Tenang okey, kumbang bukan seekor
dan bunga pun bukan sekuntum.
PETANDA 5 : MENGERTI SEGALANYA
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati anda baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, naa stay tuned sajalah dengannya..
kerana itulah orang yang tepat untuk anda.
PETANDA 6 : TAK KISAH
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya..ini berarti dia sudah siap menerima diri anda apa adanya. Tapi bila anda telah mengetahui segalanya dan ternyata anda lebih baik darinya,
janganlah pula anda perasan bagus okey.
Kelebihan bukanlah mencerminkan kebahagian sebenar.
PETANDA 7 : TERIMA SEADANYA
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat anda bangun tidur atau saat anda sakit dan tak mandi dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada anda tentang kelemahan dan kekurangannya... Naaa! Ternyata anda dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
okey tak aku tido gini,..ehe
PETANDA 8 : KONGSI RAHSIA
Okey, ..yang terakhir adalah berkongsi segala rahsia.
Bila merasa rahsia anda bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat anda yang lain. Atau anda merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temui, dan senyumlah hingga ke telinga.
Jika sudah sampai ke tahap ini maka para kumbang-kumbang,
silalah kumpul duit dan sunting bunga anda cepat-cepat, okeyy?ehehe..
TIPS BAHAGIA : Terimalah orang yang GILAKAN ANDA bukan anda GILAKAN DIA! Kenapa???Sebab jika anda mengejar dan dapatkan orang yang anda gilakan, dia pasti takkan kisah membuat hati dan perasaan anda macam sampah depan rumah aku yang sudah 2hari tak diangkut LORI SAMPAH, tiada nilai sesen haram. Tapi jika anda menerima orang yang menyukai anda, dia pasti sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan anda walaupun disuruh mendaki Gunung Merapi yang sedang menggeleggak lavanya (telampau la jugak). Tapi janganlah pula dimainkan perasaannya,..jika tidak itu menandakan anda seorang yang tiada otak di kepala. okeyy??Jadi mana satu pilihan anda, terserahlah. Tepuk perut, tanyalah nak makan apa.
EHEMSS : Selesai menulis entry niey, aku terkenangkan bf aku,..dia telah menunjukkan beberapa petanda walaupun belum cukup kuota 8,..ahakss, mungkin kerana kami masih baru bersama. Tapi bagi anda yang telah lama bersama, anda berhak merasa lebih bahagia jika saling peka antara satu sama lain. Gud Luck.
okeyy, sampai sini dulu entry kali niey
bubye =)
As salam.