Sunday, June 26, 2011

Hai everibodi............. :)


Dah bersawang ekk blog ieya...???
hehe..dah hampir 2bulan ieya tak menulis entry..right??
i'll be back !
Banyak sgt penulisan ieya yang ieya nak kongsi gan kalian semua..
tak kurang jua gan gambar2 cikk ieya....
so wait n see :)
windu tak gan cikk n0nsense ni...
but
kali nie cikk ieya not nonsense pers0n anymore....
huhuhu love u 0llz huggy wuggy !



SI BuLaN..

KHAS UNTUK KALIAN SEMUA
Entry ptama buat sekian kalinya..

Perjalanan...
Kehidupan ini ibarat meniti perjalanan yang panjang. Kehidupan juga ibarat seperti membaca satu cerita yang tak pernah habis.Terlalu banyak langkah yang tersangkut dan tersasar dari landasannya. Terlalu banyak cerita yang perlu difahami. Terlalu banyak keputusan yang perlu dibuat. Terlalu banyak halangan dan permasalahannya. Ada perjalanan yang mudah, Ada perjalanan yang pendek, Ada perjalanan yang bermasalah, dan Ada juga perjalanan yang indah.

Ada masanya kita berjalan agak laju kerana mungkin jalannya lurus tanpa ada halangan. Langkah kita diatur dengan mudah dan teratur, tanpa perlu menoleh kebelakang. Ada Ketikanya, perjalanan itu terpaksa berhenti seketika, kerana memberi ruang untuk insan lain melaluinya, mungkin kerana mereka lebih penting untuk sampai ke destinasinya. Kadangkala langkah kita tersangkut dan tersaduh,  lalu tersungkur, mungkin kerana kita tidak perasan laluan itu terdapat halangan  dan lubang-lubang yang tertimbus oleh daun-daun kering. Ada ketikanya, laluan kita terhalang, bukan kerana memberi laluan pada insan lain, bukan kerana halangan fiziakal yang nyata, tapi kerana keadaan jurang yang terlalu merbahaya untuk meneruskan langkah. Lalu kita berpatah balik.

Biar bagaimanapun langkah kita, biar bagaimanapun kepayahan laluan kita, setiap detik yang kita lalui, pasti tertinggal satu kenangan bersamanya. Bagaimanapun langkah yang kita pilih, laluan mana pun yang kita tuju, pasti kita temui beberapa persimpangan dan suasana yang perlu kita simpan bersamanya. Kekadang kita menemui kegembiraan, kecantikan, keunikan dan seringkali juga kita terpaksa berdepan dengan kesukaran, kesedihan dan kegagalan.
Namun seringkali kita tewas bila diuji. Seringkali tersasar bersama kesedihan kerana kepayahan. Ada masanya kita menyesal kerana kegagalan. Tapi tidak menyedari, kita akan diberikan sesuatu yang lebih indah darinya.

Moga setiap jalan yang kita pilih nanti, akan membawa dan meneruskan perjalanan ini dengan mudah dan berjaya hingga sampai kedestinasinya. Setiap tujuan yang diharapkan, pasti menanti satu harapan dipenghujungnya. Setiap kesedihan yang ditinggalkan akan memberikan satu pengalaman.

" sayangnya..perjalanan itu amat memenatkan, biarpun langkahnya tak pernah tersungkur.."


CIkk iEya :)




P/S : masih ada pkara yg plu ieya selesaikan..bila semua da bjalan seperti yang direncanakan...i'll be back ..that my promise :D