Friday, April 22, 2011

kiSaH kU PaRt 1

Hidup perlu dteruskan walauapa juga jalan cerita yang akan aku lalui.kekadang aku takut untuk melangkah,takut menerima kenyataan andai satu masa dan ketika nanti aku akan alami kisah kehidupan yang penuh duka.Namun aku harus percaya suka mahupun duka aku tetap harus redahinya tanpa memberi 1001 alasan dan harus memberanikan diri untuk terus melangkah dari satu kehidupan ke satu kehidupan yang lain, ibarat air sungai yang mengalir tanpa henti. Aku harus kuat untuk mehadapi segala dugaan yang akan datang dalam hidupku. Sehingga kesaat aku memghasilkan penulisan ini hidupku dipenuhi dengan kebimbangan dan penyesalan kerna dalam satu masa dan saat aku sering mengingati kisah kehidupan lalu yang penuh dengan sejarah kedukaan .
 Suatu hal yang indah yang telah aku peroleh dariMu Ya ALLAH adalah sejak ENGKAu menciptaku. Tetapi, aku selalu lalai dengan apa yang Engkau tugaskan pada aku.Bukan jak lalai , bahkan aku melakukan hal hal yang Engkau larang melalui kitab dan rasulMu.  
Aku  ingin hidup seribu tahun lamanya agar aku  boleh memperbaiki semua kelakuan aku selama ini. Tetapi adakah itu boleh menjamin bahawa aku  tidak akan kembali melakukan hal yang sama untuk kedua kalinya, untuk ketiga kalinya atau  untuk kesekian kalinya. Ianya langsung tidak menjamin, kerna aku hanyalah seorang manusia tempatnya dosa dan kesalahan.
Aku  malu ketika melakukan kesalahan, kemudian bersimpuh di malamMu tetapi keesokan harinya aku melakukan kesalahan yang sama. Malu yaaaaa amat diri aku untuk kembali meminta maaf dariMu, sehingga aku menjadi salah satu manusia yang banyak melakukan kesilapan. Aku  selalu aku sudah melakukan apa yang Engkau perintahkan tetapi aku sendiri tak tahu adakah aku lakukan kerna cinta aku kepadaMu atau hanya  aku lakukan sebagai kewajiban aku . Sungguh hina diri ini YA ALLAH.
         YA ALLAH berilah aku sedikit kekuatan untuk melawan godaan makhlukMu yang selalu mengajak aku ke dalam kejahatan. Bantulah aku agar boleh bersanding dengan umat umat RasulMu di syurga yang telah Engkau sediakan untuk beliau. Tambahkanlah rasa cinta aku kepadaMu ya ALLAH agar aku selalu melakukan apa pun yang Engkau perintahkan kepada aku. Agar aku senantiasa beribadah kerna cintaku kepadaMu Dan akan redha dengan kehidupan serta pilihan hidupku.
        Sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran. Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah percintaan dan persahabatan. Namun Tuhan Maha Mengetahui, apa yg terbaik buat hambaNy mungkin jua kerna itu Dia terus-menerus mengingatkan memori silam yg pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya satu…berfikir!  Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat di balik yg tersurat. Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yg tak berkesudahan.Dalam tak sedar, bayangan itu masih menyinggah,menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yg tersembunyi…hikmah yg terselindung. Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.

Pada Yang Esa ku adukan segala.Merintih, merayu, mengharap belas ehsanNya.Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.Agar dugaan ini berjaya diharungi.Kerana menjadi insan bertaqwa itu matlamat hidupku,Menempa Syurga abadi itu cita-citaku.Berikanlah aku petunjuk Ya Hadi,
Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.Peliharalah daku Ya Muhaimin,
Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.

        Ketika  hal yg sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau.Mengapa setiap kali dibicarakan, hati ini akan sakit? Bukan sakit yg biasa, tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban. Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya Tuhan?Ya Allah, apakah aku ada menyimpan hasad atau dendam di balik kisah ini? Ya ‘Aziz, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini. Ya Rahman, jika redha itu adalah solusinya, maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMu. Cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku. jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMu. Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayangMu.

            Tidak dinafikan dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan onah yang berduri.Bimbang sering melanda kamus kehidupan ku. Aku bimbang seandainya pilihan yang aku buat untuk hidupku betul atau tidak . Aku takut diakhir cerita nanti penyesalan akan muncul dibenak hati kecikku.Kadang perasaan itu muncul tanpa mengenal waktu sekaligus tanpa kita sedari.  Muncul dalam hati seiring dengan permasalahan yang menyertai aku dalam menjalani perjalanan hidup ini. Apabila telah muncul perasaan “bimbang” itu, mau tak mau aku harus mengambil keputusan dalam menyelesaikan kebimbangan yang berkecamuk dalam hatiku terhadap masalah tersebut. Hanya ada dua pilihan “YA” atau “TIDAK”, “KANAN” atau “KIRI”, “BENAR” atau “SALAH”. Ya itu yang paling biasa harus aku tentukan dari kebimbangan yang tengah aku rasakan.
          Perasaan yang mungkin akan menyebabkan aku merasa bersalah akibat dari pilihan yang aku tentukan adalah tidak tepat. Memang menyesal selalu datang di akhir cerita, jika ada di awal mungkin tidak akan ada istilah menyesal. Bagaimana agar dalam kebimbangan kita tidak menentukan pilihan yang tidak tepat. Itu pertanyaan yang sering kali muncul apabila kita berada dalam keadaan bimbang dan semua orang pasti pernah mengalaminya tanpa terkecuali.