Friday, May 06, 2011

Sesak ! lepaskan walau berat dugaan itu!

sesak! begitu sesak aku berfikir, kenapa harus mudah percaya dan memberi? sudah terlalu banyak yang aku alami, tapi semuanya celaka belaka. kenapa aku tidak boleh menerima hakikat? sedangkan sudah terbukti aku bukan untuk apa yang aku mahu. aku yang memaksa diri untuk begitu. semua serba tak kena, tapi aku dah merancang dengan baik. permulaan aku tidak pernah akan kekal, pasti akan terlerai jua. satu persatu hilang, tak pernah datang yang degil untuk luntur. semuanya hilang sedikit demi sedikit. apa perlu aku lakukan? adakah aku harus terima dan terus lalui seperti mana yang aku sudah nampak? aku tak mengerti kenapa aku begini, siang malam aku tak lena, mencari dugaan yang aku sendiri seolah ciptakannya. rasa aku sudah tiada, bagai gula diganti cuka. kemana aku nak bawa sekeping naluri yang hambar? aku perlu berubah tapi sediakah aku? jiwa aku tak tenteram, kerana sayang aku bukan kepalang. semua ini permainan belaka, aku hanya boneka lukisan sampah mereka. tak pernah utuh keikhlasan. aku dah berbuat yang terbaik , aku dah korban segala - galanya. tapi aku yang bodoh! dia cuma seketika, aku yang daif tak punyai apa - apa. tak mungkin aku yang layak, di dada ruangan ini, aku berjanji akan terima apa jua keadaan yang mendatang. aku tidak akan merancang tapi aku akan beserah. segala - galanya akan aku terima, walau aku tidak mampu untuk menelan. ini dah mati dengan keadaan aku, mungkin itu pentanda aku harus tinggalkan semua itu. biar perasaan dan keinginan aku boleh terhajat. memang aku bukan seperti burung yang terbang bebas dan bernyanyi riang. Selamat berjaya wahai diri aku ini, tabah dan redha di atas panggilan yang akan datang. lepaskan walau berat dugaan itu.

-------->
kylh u olls sy ngant0k nk tito ! nitE u ollz xoxo zzzzz~