Friday, February 11, 2011

KHILAFKU :’(

Dalam proses mendewasakan dan mematangkan seseorang, seseorang itu perlu belajar dari kesilapannya bagi mengelakkan kekhilafan yang sama berulang.

Seringkali kesilapan mengajar seseorang agar berhati-hati supaya tidak mengundang masalah yang besar dalam hidupnya, namun adakalanya Tuhan lebih mengetahui segala-galanya dan ujiannya mempunyai isi yang tersirat dan mungkin ingin memberi petunjuk pada umatnya agar berubah dari kebiasaan aktiviti dan cara hidupnya.

Saya juga melakukan kesilapan dan setiap orang di dalam dunia ini mempunyai kesilapan besar dalam hidupnya. Apabila kesilapan itu melibatkan individu lain dan meninggalkan kesan hitam di dalam hidupnya, memanglah tidak keruan di buatnya.

Adakalanya kekhilafan yang sedikit bisa mengubah nasib seseorang dalam seminit dua. Saya masih muda dan kerap kali mencuba menjadi yang terbaik, namun seringkali juga kesilapan dan masalah akan hadir tanpa di jangka, memanglah masalah itu hadir kerana diri sendiri dan usah di tunding pada orang lain, namun kekhilafan ini dan darah muda yang seringkali menjadi punca kepada masalah yang berlaku.

Rasa bersalah mungkin menyebabkan seseorang itu semakin lemah dan tidak bermaya untuk meneruskan hidupnya kerana mengakibatkan individu lain di timpa masalah. Maaf seribu kali maaf pun mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah kerana perasaan yang terusik dan terganggu sukar dipulihkan.

Jika dapat di putarkan kembali ke masa lalu pasti masalah itu tidak akan di ulanginya. Namun, inilah kehidupan dan perlu mengakui kesilapan sendiri dan menerima akibatnya. Khilaf, ayat yang ringkas namun mempunyai maksud dan implikasi yang cukup mendalam.

Pandang ke depan dan melupakan kesilapan adalah jalan terbaik namun ingatan dan luka lama pasti terasa semula apabila di kenang.

“I've learned that no matter how good a friend someone is, they're going to hurt you every once in awhile and you must forgive them for that..Most of us can forgive and forget; we just don't want the other person to forget that we forgave.One of the secrets of a long and fruitful life is to forgive everybody everything before you go to bed.Before you speak, listen.Before you write, think.Before you spend, earn.Before you invest, investigate.Before you criticize, wait.Before you pray, forgive.Before you quit, try.Before you retire, save.Before you die, give.”
Ieya zaara